Monday, 30 January 2017

cerita dia kalau kau usaha, kau akan nampak hasil.


ini tuai pun tidak, jangan haraplah dapat hasil. result tatahu dapat bila, tak kisah, malas nak fikir, boleh? (yeke tak kesah)




Allah has a plan for you. You are exactly where He wants you right now.


" Hopefully, Syida dapat 3.5 ke atas." aamiin. (oke ajak kawan-kawan baca ramai-ramai.)



skill menulis ni dah tade do (masalahnya pernah ada ke lol) idea pun dah tumpul. tengah cari pengasah. tapi masih dalam mood malas mencari. baik cari jodoh, eh.

cerita pasal jodoh ni seronok. boleh lah hurai sampai seratus hingga ke seratus satu entry. tapi bila cakap pasal mati, kelu weh. mampu tulis satu perkataan je. over tak.

teringin nak tulis pepanjang pung pang pung pang, and then buat orang impress. (niat pun dah salah) tulah akhirnya yang impress tu kau sorang je. sedih kan statement. Eh tadi nak cakap pasal apa eh sebenarnya. selalu sangat bebel sampai tertukar topik.


***
berjaga dengan kata-kata, sebab kau belum pasti apa yang kau mampu, dan apa yang kau tak mampu.

cerita ni dah lama dah. masa aku orentasi mula-mula dulu. terdetik dalam hati. sekejap je pun. terkutuk mc tu, sumpah sepintas lalu je, dalam hati kot. "macam ni pun boleh jadi mc? semangatlah sikit" like weh, aku boleh buat lagi baik.

tak lama lepas tu, course aku ada buat program. dari senior sampailah ke budak first year ni kena handle. tak memasal, first year in charge untuk jadi mc, dua orang pulak tu.

dan tak memasal pulak last minute, rawr kena balik, and aku kena ganti. sumpah. dahlah tak pernah jadi mc untuk program formal macam ni. nervousnya tu masyaAllah. tuhan je yang tahu. dengan aku tengah selsema, suara sengau pulak tu.

now its turn for orang lain untuk judge aku. hahaha lol. bukan senang rupanya jadi mc walaupun berbekal teks yang lengkap. but alhamdulillah dah lepas, and setakat salah sebut nama timbalan dekan tade hal lah.

tapi benda dah lepas kan. aku pun tak hingin nak fikir dah.

pengajaran dia: kritik, kalau kau in position to criticize someone. tapi kalau setakat ikan nak kritik ayam. lupakan. you dont even know whts in their shoes.



***

senanye cerita dia aku tengah boring tahap gaban. tak boleh tidur, sebab dah berhibernate lama petang tadi. jadi tu yang membebel benda tak berfaedah ni. tapi cerita dia, kena tidur jugak sekarang kalau tak subuh hantu nanti.







Friday, 27 January 2017

' Memiliki Tuhan disisimu bukan bererti pelayaranmu di lautan kehidupan akan tenang saja tanpa gelombang. Pelayaranmu tetap melalui ribut, gelombang bahkan ombak besar. Tetapi bersama Tuhan, kapalmu tak akan pernah karam. '

tercopy masa blogwalking, pinjam ayat (so inspiring though).


alhamdulillah someone turns twenty harini.
dalam tiga tahun lagi nak graduate, tak lama dah. hehehe


oh btw thankiu for all the wishes :)

bukan panjang ucapan tu yang jadi ukuran, bukan gamba apa yang  jadi isu. tapi siapa yang wish tu. siapa yang gigih tunggu 1201 minit semata-mata nak wish. siapa yang wish before everyone does. siapa yang wish walaupun tengah busy study. Terima kasih sebab ingat. makin tua ni makin sensitive rupanya hati batu ni.

27 01 2017 (idk i love this date)

nak buat ucapan terima kasih kat sorang sorang, tapi tengah malas nak fikir ayat. nanti lah eh mhahaha.




baii and thank you everyone.



Thursday, 19 January 2017


when thing gets harder, all you need is to be stronger.

kalau takada kegelapan takkan nampak bintang

kali ni aku kena terima. terima yang dekat langit bukannya ada satu bintang saja. tapi ada berjuta. cuma kena dongak, dan tengok untuk sedar benda tu.

when you was hoping for tht one bintang, searching for it, but its not there. Did there is no other stars on the sky ? No. yang tak ada hanya bintang yang kau nak tengok. padahal ada lambakan bintang lain. berselerak di setiap ruang langit. cuma apa? cuma kau yang tutup mata, dan mencari for tht one bintang yang kau tak jumpa, dan mungkin kau takkan pernah jumpa.

mungkin kau mencari satu bintang besar, yang cahayanya memancar. sinarnya mempersona.

for some reason, kau tak jumpa tht one special bintang. mungkin kalau kau nampak bintang tu, bintang yang lain akan pergi. atau mungkin cahayanya yang terlalu terang akan buat sel pada mata kau rosak. who knows

apa kata kau pergi bukit bintang. mana tahu jumpa (oke ni kelakar)

stop searching for tht special one, and just open your eyes. see the sky. langit tu dah sediakala cantik dengan bintang-bintang yang ada.


***

manusia sendiri penuh dengan 'isyarat' untuk cuba berkongsi apa yang dorang fikir. dan keinginan untuk tahu, ada orang yang kisah pasal apa yang kita fikir. semua tu sebahagian daripada lumrah kehidupan. sebabtu kita tak berhenti hantar isyarat dan petunjuk pasal diri kita, mengharapkan ada yang kisah dan balas isyarat tu. kadang-kadang bila kita tak dapat sebarang balasan, bukannya sebab kita tak dapat  balasan langsung. tapi sebab ada masa kita tak cuba dengar betul-betul.



***

interpret lah dengan bahasa dan pemikiran masing-masing. kadang tak cakap straight foward is better.